Penyanyi popular yang menghimpunkan jutaan peminat di lokasi persembahannya ini berusia 50 tahun dan masih banyak agenda karier seninya.
Menerusi sumber berita terawal di laman web TMZ.com, Michael dilaporkan meninggal dunia jam 5.20 petang waktu tempatan.
Menerusi sumber berita terawal di laman web TMZ.com, Michael dilaporkan meninggal dunia jam 5.20 petang waktu tempatan.
Berita mengejut yang pasti menghayun perasaan sedih dan hiba bagi peminat penyanyi yang penuh dengan kontroversi ini juga disahkan melalui saluran berita The Associated Press (AP) yang turut melaporkan, kematiannya disebabkan jantung terhenti secara mengejut (cardiac arrest). Meskipun begitu, punca sebenar kematian masih dalam siasatan.Kronologi awalnya bermula apabila pihak paramedik Jabatan Bomba Los Angeles menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari dan ketika itu Michael dikatakan mengalami masalah pernafasan.Namun setelah diberi rawatan kecemasan (CPR) selama 40 minit, Michael dikejarkan ke hospital Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles dan segala usaha bagi menyelamatkannya bertemu jalan buntu apabila Michael disahkan meninggal dunia.
Menurut wakil dari hospital yang memberitahu media antarabangsa, pihaknya mengumpul beberapa doktor berpengalaman, termasuk pakar bedah dan jantung, bagi menyambut Michael sebelum berusaha lebih sejam untuk menyelamatkannya.Abang kepada penyanyi yang pernah menggegarkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sekitar 1996 bersempena konsert jelajah Asianya ini, Jermaine, berkata Michael terpaksa dibawa ke hospital dari rumah sewa di Holmby Hills selepas tidak sedarkan diri.Gelaran penghibur nombor satu dan kesayangan dunia benar-benar terbukti dengan kehadiran ratusan peminat di sekitar hospital sebaik berita mengenainya mula tersebar.Malah, ibarat sebuah festival anjuran pengikut fanatiknya apabila sekumpulan pengusaha mula menjual kemeja-T dan cenderahati ‘In Loving Memory of Michael Jackson’ selain alunan melodi nyanyian mula kedengaran hasil siulan mereka yang berhimpun.
Bagaimanapun, teman rapatnya, Uri Geller, memberitahu Press Association, dia percaya antara faktor yang membawa kepada kematian Michael adalah tekanan dialaminya, lebih-lebih lagi menjelang konsertnya di London bulan depan.“Dia sangat penat dan risau akan persediaan konsertnya dan saya percaya itu penyebab utama yang membunuh penyanyi kesayangan dunia ini.Michael atau nama sebenarnya, Michael Joseph Jackson dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana, Amerika Syarikat. Mengimbas pembabitan awalnya sebagai penggiat seni, dia menubuhkan kumpulan Jackson 5 pada 1964 yang juga dianggotai oleh abangnya — Marlon, Tito, Jackie, Jermaine dan adiknya, Randy.Katherine Jackson dan Prince ‘Blanket’ Michael Jackson II.
No comments:
Post a Comment