Al-kisahnya bermula begini, masa tu aku berbuka dengan kawan-kawan sekampung dan ada antara mereka yang membawa pasangan masing-masing dan kebetulan member aku yg sekolah pondok ni datang duduk semeja, siap dengan jubah dan kopiah putih. Selesai berbuka dia pun mulalah berbicara tentang agama dan menegur member-member aku yg membawa pasangan. Bila ditanya sebabnya, katanya haram. Betulkah begitu?
Terus terang aku katakan bahawa aku ini bukanlah orang yg bijak dalam agama. Tetapi aku seolah tertarik dengan salah satu perkataan yg disebutkannya; ..."ZINA HATI"... benarkah wujudnya zina hati? Menurutnya lagi kita diharamkan ber"couple" kerana ia adalah salah satu punca zina. Memang tak dapat dinafikan kebanyakannya begitu, tetapi aku masih kurang jelas tentang zina hati. Perasaan sayang terhadap pasangan dikategorikan sebagai zina hati oleh beliau.
Seorang perempuan dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki, yang dekat di hati dan jauh dari kaki untuk menyedarkan kita bahawa memang perempuan dikhususkan bagi lelaki untuk disayangi dan amat jauh untuk disakiti. Walaupun jika kita ber"couple", kita masih boleh fikir batas-batas dalam pergaulan untuk mengelakkan zina bergantung kepada individu tersebut, jenis didikan yang diterima.
Sesungguhnya agama Allah itu luas dan kita tidak hanya terus hidup semata-mata mengejar kejayaan di akhirat tetapi itulah yang terjadi kepada kebanyakan individu yg telah mengikuti kursus di tempat-tempat sebegitu. Mungkin juga ada benarnya zina hati tersebut, sepertimana yg aku katakan tadi aku bukan golongan bijak pandai agama dan penulisan aku ini hanya inginkan kepastian semata-mata, bukan memperlekehkan sesiapa. Diharap tiada sesiapa yang ambil hati dan jika ada kesilapan, jutaan kemaafan dipohon dan di kesempatan ini juga diucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca budiman sekalian.
No comments:
Post a Comment