SATU robot yang boleh mempamerkan tujuh emosi, termasuk kegirangan dan rasa meluat, dipamerkan di Universiti Waseda, Tokyo, baru-baru ini.Robot yang mempunyai ciri-ciri manusia itu dinamakan Kobian, menggunakan seluruh tubuh bagi menggambarkan setiap perasaan.
Ia memiliki kening dan kelopak mata yang boleh bergerak, di samping bibir merah jambu yang berkilat.Ia juga memiliki ciri dua leher pada dua sambungan yang membolehkannya mencapai tahap terbaik untuk mempamerkan setiap aksi.Untuk menunjukkan perasaan sedih, Kobian diprogramkan untuk menutup kelopak matanya dan tunduk sambil tangannya diangkat pada dahinya.Untuk meluahkan kegembiraannya, robot itu akan membuka mulut dan matanya secara meluas sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas.Untuk menunjukkan tanda meluat pula, Kobian akan mengherotkan bibirnya sambil menarik tangannya dengan gaya kewanitaan.Kobian dihasilkan oleh penyelidik yang diketuai oleh Profesor Atsuo Takanashi dari Universiti Waseda dengan kerjasama syarikat pembuat robot, TMSUK yang berpejabat di selatan Jepun.Kobian mulanya dipamerkan pada satu persidangan mengenai komunikasi komputer pada 2008 dengan matlamat untuk dijadikan teman bagi golongan tua.Pada mulanya, ekspresi emosi robot itu hanya diluahkan dengan pergerakan kepala. Namun penyelidik mengambil keputusan menggerakkan semua tubuhnya selepas pengguna mendapati sukar untuk mentafsir aksinya.Selain mempamerkan gaya emosi, Kobian boleh berjalan, bertindak balas terhadap keadaan sekeliling dan melakukan tugas. Ia dilengkapi tangan getah untuk menyamakannya dengan kelembutan tangan manusia.Lebih menarik lagi, penciptanya percaya robot itu boleh dijadikan jururawat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment