Powered By Blogger

Sunday, March 28, 2010

jangan salah sangka

Pada kali ini, saya ingin mengetengahkan satu tanggapan yang
silap masyarakat kita terhadap jutawan. Oh, bukan semua jutawan
tetapi khusus buat jutawan yang tidak mendapat pendidikan tinggi.
Mungkin ada jutawan yang hanya belajar setakat darjah 6, ataupun
setakat SPM ataupun langsung tak bersekolah.

Ramai masyarakat kita menganggap jutawan sebegini tidak berilmu dan
melabelkan mereka "bodoh". Bagi sesetengah masyarakat kita
menganggap mereka menjadi jutawan adalah kerana nasib dan bukan
kerana kebijaksanaan mereka.

Adakah korang juga menganggap mereka begitu?

Sebenarnya itu semua SILAP besar. Hakikat yang kita semua perlu
terima ialah kita tidak boleh menjadi jutawan tanpa memiliki ilmu.
Ilmu sangat penting dan ilmu tidak sepatutnya hanya diukur melalui
sijil Diploma, Degree, Master dan sebagainya. Banyak lagi ilmu lain
yang sebenarnya lebih penting untuk kita terus berjuang di dalam
dunia ini.

Cuba kita renungi kata-kata oleh C.K Brightbill iaitu "Masa hadapan
yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan,
tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa
lapangnya dengan bijaksana"
.

Kita boleh dapat ilmu di mana sahaja dan kebanyakkan ilmu
perniagaan tidak di ajar di mana-mana sekolah atau universiti.
Istilah yang digunakkan untuk ilmu-ilmu ini ialah "the missing
chapter". Kita lihat contoh Lim Goh Tong yang langsung tidak pandai
membaca tetapi beliau mampu menjadi jutawan kerana beliau lebih
berilmu daripada kita. Itulah hakikatnya!

Akhir kata, jika selepas ini anda melihat orang yang berniaga pasar
malam, jangan cepat untuk menghukum bahawa mereka tidak
berpelajaran kerana mereka mungkin seorang jutawan senyap. Ini
bermakna mereka juga berilmu. Jika selepas ini anda melihat orang
yang berniaga dikota-kota, jangan pula melabelkan mereka sebagai
orang yang bodoh kerana mungkin mereka sudah mencapai status bebas
kewangan tetapi kita terus dibelenggu hutang.

No comments:

Post a Comment